Kadang-kadang,aku tertanya-tanya,masih wujudkah kasih sayang sejati di dunia ini? Masih adakah orang yang boleh betul-betul ikhlas menyayangiku,tanpa mempedulikan siapa diriku yang sebenar? Aku tercari-cari dalam kegelapan,dan suatu hari,aku telah menemui jawapan kepada apa yang aku cari.Saat takdir menemukan kami...
''Hai,boleh saya duduk di sebelah awak?'' Suara itu membuatkan aku tersentak dari lamunanku.Saat aku berpaling,aku melihat seorang lelaki yang sedernana saja orangnya sedang tersenyum memandangku.
''Duduklah.'' Balasku acuh tak acuh.Pandanganku diliarkan ke luar tingkap semula,meneruskan lamunanku yang terganggu dek teguran lelaki itu tadi.Wajah ayah yang sedang tersenyum melayang-layang di ruang mataku.
''Hai,nama saya Adam.'' Ternyata lelaki itu masih belum puas menggangguku.Aku menghempas keluhan kasar.
''Maaf,tapi kalau awak nak duduk sebelah saya lagi,tolong senyap boleh tak.Saya tak suka diganggu.'' Balasku,kasar dan tegas.Lelaki itu terus terdiam.Sepanjang tutorial berlangsung dia tidak membuka mulut lagi.
Itulah kali pertama aku berjumpa dengan lelaki itu,pemilik nama Muhammad Adam bin Muhammad Aizril.Sejak tutorial itu,Adam tidak berputus asa untuk mendekatiku.Setiap hari dia asyik mencari peluang untuk bercakap denganku sehingga aku naik rimas.Mungkin kerana dia dibesarkan di luar negara,jadi orangnya lebih terus terang.
''Awak ni cantik,tapi sombong sangatlah Hawa.'' Komen Adam suatu hari apabila aku hanya membiarkan dia bercakap macam tunggul kayu.
''Kalau dah tahu aku sombong,tak payahlah nak bercakap dengan aku.Aku pun bukannya suka sangat dekat-dekat dengan kau.''
''Tapi saya suka.'' Adam mengenyitkan matanya kepadaku.Malas aku nak melayan
lelaki yang tak faham bahasa seperti Adam.Ku mengorak langkahku lebih pantas.
''Hei,jalanlah perlahan sikit.Nak pergi mana cepat-cepat macam ni? Rumah awak tu bukannya nak lari.'' Kata Adam apabila dia dapat memintasku. ''Jom saya hantar awak balik.''
''Aku ada kaki.Aku boleh balik sendiri.''
''Janganlah macam tu.Adam dan Hawa kan tak boleh dipisahkan.'' Gurau Adam.Setelah melihat aku menghadiahkan jelingan tajam kepadanya,baru dia berkata semula.
''Saya gurau jelah.Kan dah malam ni.Tak selamat perempuan macam awak balik sorang-sorang.''
''Selama ni aku balik sorang-sorang selamat je aku.Tak mati pun.''
''Manalah tahu nasib awak malam ni tak baik ke? Entah-entah perogol bersiri tengah tunggu awak kat stesen bas tu.''
''Lagi baik aku jumpa dengan perogol tu dari bersama dengan kau kat sini.''
''Hawa,awak janganlah degil sangat.Bas mana ada malam-malam macam ni.''
''Tak apa.Aku rela tunggu kat stesen bas tu sampai bas tu datang.''
''Ish,berani sungguh awak ni.Awak tak baca mastika eh, cerita hantu Maisarah yang kena langgar dengan bas tu? Malam-malam macam ni dia sukalah tunggu kat stesen bas,kacau....''
''Ish! Apa yang kau nak,hah?'' Jerkahku.Dalam hati,terdetik juga ketakutan mendengar cerita Adam itu.
''Hantar awak balik.Senang je kan?"
''Yalah,yalah.'' Aku mengalah,malas nak bertengkar dengan lelaki degil seperti Adam.Adam tersengih nakal.
''Hawa,suara siapa tu?" Soal Adam apabila mendengar suara wanita mengerang dari dalam rumahku.Aku mengeluh.Dia buat lagi!
''Thanks sebab hantar aku balik.Lain kali jangan datang lagi.'' Ujarku sebelum keluar dari dalam kereta.Aku terus masuk ke dalam rumah dan melihat ibu tiriku sedang mengerang kesakitan sambil cuba naik ke kerusi rodanya.
''Kau tengok-tengok apa tu? Tolonglah!'' Jerkah ibu tiriku apabila melihat aku hanya tercegat di tempatku.Baru aku perasan rantai emas yang selalu dipakai oleh ibu tiriku telah tiada di lehernya.Pasti anak kesayangan penagih dadah yang dia bangga-banggakan sangat selama ni yang mengambilnya.Aku tersenyum sinis.Padan muka!
''Pandai jatuh,pandailah bangun sendiri!'' Ujarku selamba seraya masuk ke dalam bilikku.Dapat kudengar ibu tiriku sedang memaki hamunku di luar.Namun aku tidak peduli.Bukan aku tidak biasa mendengar jerit pekiknya sebelum ini.Sejak kecil telinga aku sudah lali mendengar kata-kata celaan itu.Cuma sejak dia menjadi lumpuh disebabkan kemalangan saja mulutnya senyap sedikit.Sudah penat agaknya.
''ADAM?!!!'' Terkejut sekali aku apabila melihat siapa yang bertandang ke rumahku pada petang itu.Tiada angin,tiada ribut tiba-tiba saja lelaki yang sudah kuisytiharkan sebagai musuhku itu muncul.Apa yang dia nak?
''Hai.'' Adam tersenyum seraya melangkah masuk ke rumahku tanpa dijemput. ''Sorrylah aku datang tak beritahu dulu.Sebenarnya aku boring sangat duduk dekat rumah,sebab tulah aku datang sini.Ingat nak ajak kau keluar.''
''Tak ada,tak ada.Pergi ajak orang lain.Tak ada masa aku nak keluar dengan kau.'' Halauku.
''Ala,janganlah kejam sangat.Kau pun tahu kan aku tak ada ramai kawan sejak aku balik Malaysia.Kaulah satu-satunya kawan aku yang ada.''
''Dah kau tu asyik berkepit dengan aku je memanjang,macam mana kau nak ada kawan! Dahlah,pergi balik.''
''Tak nak!'' Adam menjelirkan lidah kepadaku.Geram aku dibuatnya.Tiba-tiba,hidung Adam tercium bau yang wangi.
''Wanginya! Kau masak eh?'' Kaki Adam terus menuju ke dapur.Aku mengekori langkahnya.Terlupa pula yang aku sedang memasak.
''Wah,kebetulan pula.Aku pun tengah lapar ni.Boleh makan kat sini sekali.'' Kata Adam girang.
''Jangan nak mengada-ngada.Kau ingat beras kat rumah aku ni free ke?''
Adam memuncungkan bibirnya. ''Kedekut!''
''Hawa! Hawa!'' Tiba-tiba kedengaran suara perempuan tua itu memanggil namaku.Aku mengeluh.Apalah yang dia nak lagi ni?
''Adam,kalau kau nak makan kat sini,tolong aku goreng ikan.Kalau tak,dipersilakan balik!'' Perintahku.Adam hanya mengangguk tanpa banyak soal.Aku menuju ke bilik ibu tiriku.
''Nak apa?'' Soalku acuh tak acuh setelah membuka pintu balik.
''Hey,kau ni nak aku kebulur ke hah? Takkan dari tadi masak tak siap-siap lagi? Dasar perempuan lembap!'' Jerkah ibu tiriku yang tak pernah bermanis mulut denganku itu.
''Kalau nak cepat,masak sendiri! Orang dah tolong masak,banyak songeh pulak!'' Balasku sebelum pintu bilik itu kututup dengan kuat.
''Siapa tu?'' Soalan pertama Adam saat aku menjengah masuk ke dapur.
''Mak tiri aku.'' Balasku acuh tak acuh.
''Tu,dia menjerit-jerit lagi panggil kau.Dia nak apa?''
''Dahlah,tak payahlah pedulikan dia.Hai Adam,cepat bebenor kau goreng ikan tu.Rasanya tak sampai lima minit pun aku keluar dari dapur ni.''
''Biasalah.Dah nama pun Adam kan.Semuanya bisa sih.'' Ujar Adam dengan bangga.Meluat aku mendengarnya.Angkat bakul sendiri betul!
''Ya-ALLAH Adam! Apa yang kau buat ni?'' Aku mengucap panjang apabila melihat ikan yang digoreng oleh Adam.
''Aku goreng ikanlah.Kenapa?'' Dahi Adam berkerut.
''Apa pasal ikan kau ni gemuk sangat?''
''Dah ikan tu macam tu,nak buat macam mana.''
''Kau siang dulu tak ikan ni?''
''Hah?'' Adam menggaru-garu kepalanya. ''Siang ikan tu apa?''
Aku menepuk-nepuk dahiku.Patutlah cepat sangat goreng ikannya,tak siang dulu rupanya.Macam manalah aku dengan bodohnya boleh suruh dia goreng ikan tadi.Tapi kemudiannya aku ketawa.Lucu pula dengan kebodohan Adam.
Adam pula terpinga-pinga melihat aku ketawa.Tajam betul renungannya.Mungkin kerana hairan memikirkan kenapa aku ketawa.Atau mungkin kerana terpana kerana inilah kali pertama dia melihat aku ketawa.Entahlah.Tapi yang pasti,inilah kali pertama aku berasa senang sekali apabila aku bersama dengannya.Telatahnya betul-betul mencuit hatiku.
Sejak peristiwa tempoh hari,aku menjadi semakin rapat dengan Adam.Rasa tidak sukaku kepadanya hilang dalam sekelip mata.Adam yang kelakar dan pandai mengambil hatiku membuatkan aku rasa dihargai sekali.Tidak pernah ada sesiapa pun yang membuatkan aku mempunyai perasaan seperti ini sebelumnya.Hanya Adam,Adam, dan Adam.
Tetapi pada suatu hari,ketenteramanku bersama Adam diganggu apabila abang tiriku tiba-tiba datang kepadaku dan Adam ketika kami sedang makan tengah hari.Tujuannya tak lain dan tak bukan ialah minta duit!
''Hawa,nak duit sikit!'' Kata abang tiriku,Nazir kepadaku.Malu betul aku melihat keadaannya yang tak terurus dan selekeh itu.Apatah lagi apabila kami bertiga menjadi perhatian semua di kedai makan itu.
''Aku mana ada duit! Dahlah,pergi dari sini.Jangan kacau aku lagi!'' Jawabku.
''Kau jangan nak tipu akulah,Hawa.Ni dah awal bulan.Duit pinjaman pelajaran kau dah masuk kan.Takkan nak bagi aku sikit pun tak boleh?'' Tengking Nazir.
''Tu duit untuk aku belajar,bukannya duit untuk beli benda haram kau tu!''
''Kurang ajar kau,Hawa!'' Nazir mahu menamparku,tetapi Adam pantas menahannya.
''Nah,ambil duit ni! Jangan ganggu Hawa lagi!'' Adam menyerahkan beberapa not RM50 kepada Nazir.Nazir pantas mengambilnya seraya tersenyum.Senyuman yang paling dibenci aku.
''Baik betul teman lelaki kau ni,Hawa.Kaya lagi! Kan bagus kalau selalu macam ni.Aku pun tak bagi masalah kat korang.'' Nazir ketawa seraya berlalu dari situ sambil mencium-cium duit yang baru diberi oleh Adam.
Aku mendengus marah. Aku bangun dari dudukku. ''Adam,siapa suruh kau bagi duit tu kat dia? Siapa?! Kau ni suka sangat sakitkan hati aku kan!''
''Hawa...''
Aku terus pergi dari situ tanpa menunggu Adam habiskan kata-katanya.Adam pantas mengejar aku dari belakang.Hujan rintik-rintik yang turun tidak menghalang aku dan Adam dari meneruskan langkah.Adam memegang lenganku apabila dia berjaya memintasku.
''Lepaskan tangan aku,Adam!'' Aku berusaha untuk menarik tanganku tapi pegangan Adam terlalu kuat.
''No,I won't!''
''Kenapa Adam? Kau nak sakitkan hati aku lagi?''
''Sebab aku sayangkan kau,Hawa!''
Guruh berdentam dentum di langit,seperti hatiku yang terkejut mendengar pengakuan Adam.Tubuhku terkaku.Sukar bagiku untuk menerima apa yang baru aku dengar.
''Ya,Hawa.Aku bagi duit tu sebab aku tak nak abang tiri kau sakitkan kau lagi.Sejak pertama kali lagi aku jumpa kau,hati aku dah menjadi milik kau,Hawa.Dan aku akan perjuangkan cinta aku kerana aku yakin,kau juga mempunyai perasaan yang sama seperti aku.''
Aku terdiam.Kepalaku kutundukkan ke bawah.
''Hubungan seperti itu tak mungkin antara kita,Adam.''
''Kenapa?''
''Kita terlalu berbeza,Adam.Kau berasal dari keluarga baik,berkedudukan,kaya-raya.Sedangkan aku hanya seorang gadis miskin,datang dari keluarga huru-hara.Seumur hidup aku,aku tak pernah merasai kasih sayang dari keluarga sendiri.Ayah aku dulu tak bekerja,panas baran,menganggur,selalu sangat pukul mak aku dan membuatkan mak aku meninggal sebelum aku sempat merasai kasih sayangnya.
Lebih teruk lagi,aku dapat mak dan abang tiri yang kejam dan suka sangat menyeksa aku.Keadaan jadi lebih teruk bila ayah aku meninggal.Mereka layan aku macam hamba,macam sampah yang tiada harga,sampai aku membesar jadi gadis yang keras kepala macam ni.Aku tak mahu kau terlibat dalam kehidupan aku,Adam.Kau terlalu sempurna untuk bersama gadis macam aku.You deserve someone better than me,Adam.''
''Aku tak kisah,Hawa.Aku tak peduli kalau kau berasal dari keluarga yang macam mana pun.Apa yang aku tahu,gadis keras kepala bernama Hawa Anani nilah satu-satunya yang berjaya mencuri sekeping hati Muhammad Adam bin Muhammad Aizril.Dari dulu,kini,dan tak akan berubah sampai bila-bila pun.''
''Adam...'' Hatiku terharu mendengar kata-kata Adam.Dia pantas menarik aku dalam pelukannya yang hangat.Aku berasa bahagia sekali,satu perasaan yang tak pernah aku rasai selama ini.Terima kasih Adam,kerana kau telah memberi sinar dalam hidupku....
Wednesday 6 June 2012
Tuesday 5 June 2012
Puteriku Anastasia 8
‘’LAMBAT kau balik?’’Suatu suara kedengaran apabila
Fariz menutup pintu utama.
‘’Aku jumpa kawan kejap.’’Jawab Fariz acuh tak acuh.Dia tak memandang
Fatihah yang sedang berdiri tercegat macam tiang lampu sambil berpeluk tubuh
tidak jauh daripadanya.
‘’Jumpa kawan?’’Fatihah tersenyum sinis. ‘’Kau jumpa kawan ke atau kau
pergi merayau merata sambil teringatkan perempuan tak guna tu?’’
Mendengar perkataan itu keluar dari mulut Fatihah,Fariz berpaling dan
memandangnya.Dia mendengus kasar.
‘’Kenapa dengan kau ni hah?Kenapa mulut kau ni tak pernah lepas dari
menghina orang lain?’’Soal Fariz keras.
‘’Oh ya?’’Fatihah mendekati Fariz. ‘’Bukankah kau sepatutnya nasihatkan
diri kau dulu sebelum nasihatkan orang lain?Kau terlupa ke yang kau dulu pun
sama saja macam aku?’’
‘’Sekarang aku dah sedar apa yang aku buat tu adalah satu kesilapan yang
teramat besar.Dan aku nak kau berubah juga.’’
‘’Oh,maaf lah tapi aku tak boleh ikut apa yang kau kata tu.Aku ni bukannya
lesbian.’’
Dahi Fariz berkerut. ‘’Apa maksud kau?’’
‘’Kau ni memang tak tahu ke atau berpura-pura tak tahu?Bukankah kau ni
pandai. Takkan orang yang bijak macam kau tak dapat faham perasaan sendiri?’’
‘’Oh,jadi kau dah tahulah.’’Fariz tersenyum. ‘’Baguslah kalau kau dah
tahu dan arif tentang perkara ni.Kau ni taklah sebodoh yang aku sangka selama
ni.’’
‘’Kau kata siapa bodoh hah?’’Tengking Fatihah.Geram betul dia dipanggil
dengan perkataan itu.
‘’Sudahlah Fatihah.Aku malas nak cakap dengan kau lagi.’’Fariz berkata
malas dan melangkah beberapa tapak untuk pergi ke biliknya.
Fatihah berasa geram kerana Fariz bagai tidak
mempedulikan dirinya.Dengan pantas dia merentap lengan baju Fariz.Langkah Fariz
terhenti.Dia memandang Fatihah kembali.
‘’Apa hal kau ni?’’Soal Fariz sedikit marah.
‘’Aku nak cakap dengan kau dan kali ni kau
kena ikut cakap aku.’’
‘’Aku rasa tiada apa yang perlu dibincangkan
antara kita.’’Fariz menarik lengan bajunya kembali.
‘’Ya,ada!Aku nak kau jauhkan diri dari
Nurzara Anasuha.Aku tak nak kau bergaul dengan dia atau menjalinkan sebarang
hubungan dengan dia.’’Ujar Fatihah serius.Pandangan matanya mencerlung melihat
batang tubuh Fariz yang sasa.
Fariz terdiam seketika.Kemudian, ketawa
meletus dari bibirnya.
‘’Apasal kau ketawa hah?Aku cakap serius ni,bukan main-main.’’Fatihah
memasamkan mukanya.Dia terasa dipermainkan.
‘’Opss…sorry.Tapi aku memang
tak boleh tahan.Apa yang kau cakap tadi tu kelakar betullah.’’Fariz melanjutkan
ketawanya.Sebenarnya tiada apa yang menggelikan hati pun.Sengaja dia ketawa
dengan kuat untuk menyakitkan hati Fatihah.
‘’Apa yang kelakar sangat?Aku cakap betul-betul ni.Aku tak nak kau jalinkan
hubungan dengan Nurzara Anasuha!!!’’Fatihah mulai meninggikan suara.
‘’Tak payahlah kau nak cakap kuat-kuat macam tu.Aku bukannya pekak lagi.And aku tak boleh nak buat apa yang kau
mintak tu.Sorrylah ya.’’Fariz berkata
selamba.
‘’Hei Fariz,aku ni adik kau tau tak.Kau kena ikut cakap aku!’’
‘’Adik?’’Fariz mendekatkan diri dengan Fatihah. ‘’Adik?’’Dia mengulang
kembali apa yang disebutnya tadi.
‘’Ya,aku ni adik kau! Dan kau harus menghormati aku dengan tak
menjalinkan hubungan lagi dengan perempuan tu!’’Fatihah merenung mata Fariz
yang hitam pekat dengan berani.
‘’Aku tak sangka,kau masih berani lagi nak bergaduh dengan aku setelah
apa yang kau buat.Memang perempuan tak tahu malulah kau ni.’’Nada Fariz yang
selamba bertukar serius.
‘’Aku?Apa yang aku buat kat kau?’’Fatihah masih mahu bertegang urat.
‘’Apa yang kau buat kat aku? Lepas kau dah fitnah aku macam-macam kat
sekolah, kau masih berani lagi nak menegakkan benang yang basah!’’Suara Fariz
seperti halilintar yang membelah angkasa.Matanya mencerlung memandang tubuh
kecil molek Fatihah.
‘’Siapa…siapa yang pandai-pandai buat
fitnah ni? Kau jaga sikit mulut kau eh.’’Suara Fatihah terketar-ketar.Kalaulah
papa tahu apa yang telah dilakukannya pada Fariz…Fatihah membayangkan segala
kemewahan yang dimiliki akan ditarik daripadanya.Ah,dia tak rela!
‘’Tak payah ada sesiapa yang bawak
mulut.Sekolah kita tu bukannya besar sangat pun. Oh ya,khabar terbaru aku
dengar ,kau kata aku ni bukan anak kandung papa dan mama,isn’t it?’’
‘’Kau…kau jangan nak pandai-pandai tuduh
aku.’’Fatihah masih cuba mempertahankan diri.Namun nada suaranya yang
takut-takut sudah cukup untuk menunjukkan perasaannya yang sebenar.
‘’Kau tak payahlah nak menegakkan benang
yang basah lagi Fatihah.Aku sebenarnya dah lama tahu, tapi aku sengaja diamkan sebab
nak tengok sejauh mana kelicikan kau tu mampu bertahan.And I wanna say congratulations! Ternyata kau memang bijak mengatur
strategi.Bangga betul aku dapat adik macam kau.Bangga sangat….’’
Fatihah tidak mampu berkata apa-apa lagi.Mulutnya terkunci
terus.Ternyata Fariz lebih bijak dari yang disangkakan. Ah,damn it!
‘’Hemm…kalaulah aku bagitau perkara ni kat papa.Agaknya apa yang papa
akan buat agaknya?’’Fariz melanjutkan kata-katanya apabila Fatihah tidak
bersuara.
‘’Kalau…kau..kau nak bagitau sangat,bagitaulah!Kau tak ada apa-apa bukti
nak…nak tuduh aku.’’Balas Fatihah walaupun apa yang dikatakan amat bertentangan
dengan kata hatinya.
‘’Oh ya? Nampaknya kau begitu yakin sekali dengan kata-kata kau.Kalau
macam tu,baiklah.Aku akan ajak papa ke sekolah dan tengok dengan mata kepalanya
sendiri apa yang anak perempuannya dah buat pada abangnya sendiri.Masa tu,mama
pun dah tak boleh tolong.’’
‘’Sanggup kau buat aku macam ni sebab anak pungut tu kan?’’Tengking
Fatihah.
‘’Dia langsung tak ada kaitan dengan hal ni.Semua ni kesalahan kau,bukan
dia. Dah cukup baik dia tak beritahu Mak Long yang kau selalu hina dia
macam-macam. Itupun tak reti-reti nak kenang budi lagi.’’Nada suara Fariz keras
kembali.
Tetapi
dalam diam,dia rasa terpukul kembali dengan kata-kata yang diluahkan
sendiri.Dulu dia pun lebih kurang sama saja dengan Fatihah,suka mengutuk Zara. Tapi
kini…Fariz tersenyum sendiri.
‘’Apa kau senyum-senyum hah?”Jerkah Fatihah.Ni mesti gara-gara dia
teringatkan perempuan tu!
‘’Salahkah aku senyum? Lepas ni mana aku boleh senyum dah.Maklumlah
lepas ni kan kau akan kena stail kaw-kaw
punya dengan papa.’’Perli Fariz.Wajah Fatihah yang mencuka tadi menjadi pucat
semula.
‘’Well,kau ada apa-apa nak
cakap lagi?’’Soal Fariz.Fatihah tidak menjawab.Kini dia sudah tersepit. Dia
sudah dapat membayangkan masa depannya yang gelap tanpa kemewahan…
Fariz
tersenyum lagi.Dia melihat Fatihah yang sedang menundukkan kepala.Hubungannya
dengan Fatihah memang tidak rapat sejak dulu lagi. Kadang-kadang dia cemburu
melihat keakraban Zara dan Izham.Walaupun mereka hanya adik beradik
angkat,tetapi hubungan mereka begitu rapat dan mesra sekali.
‘’Okeylah.Aku takkan bagitau papa.’’Kata-kata Fariz membuatkan badan
Fatihah bagai terkena kejutan elektrik.Serta-merta kepalanya terangkat
memandang wajah tampan abangnya.
‘’Betul ke ni?’’Tiga patah perkataan meluncur laju keluar dari mulut
Fatihah.
‘’Tapi dengan syarat,kau tak boleh nak hina Zara lagi dan kau tak boleh
nak tunjuk protes kalau aku jalinkan hubungan dengan dia.’’ Ibu jari dan jari
telunjuk Fariz dinaikkan.
‘’What?’’Mata Fatihah
terbeliak.
‘’Aku bagi kau pilihan.Sama ada kau ikut syarat-syarat yang aku bagi
ataupun aku bagitau papa.That’s it!’’Suara
Fariz dengan tegas.
‘’Tak ada syarat lain ke yang kau nak bagi hah?’’Hati Fatihah semakin
sakit.Kini Zara sudah ada seorang penyokong setia di belakangnya.Tak guna!
‘’Nak ke tak nak?’’
Fatihah mengetap bibir.Kini dia dalam situasi diluah mati emak,ditelan
mati bapak.Kalau dia menerima,maknanya dia akan kalah kepada Zara dan dia tak
mahu tunduk kepada gadis yang baginya sangat hina dan tak setaraf dengannya
itu.Tapi kalau ditolak,samalah maksudnya macam dia membunuh diri
sendiri.Hidupnya akan dihimpit kesusahan dan rakan-rakan lain akan mengejeknya.
Ahhh!!!Aku tak payahlah kutuk Zara kat depan Fariz. Lagipun Zara tu
bukannya jenis yang mengadu,detik hati Fatihah tiba-tiba.Fatihah tersenyum
lebar.
‘’Okeylah,aku setuju.’’Ujar Fatihah dengan
senang hati.
‘’Betul ni?’’Fariz meminta kepastian.
‘’Yalah.Tadi beria-ia sangat suruh aku
berjanji.Bila aku dah buat banyak songeh pulak.’’Rungut Fatihah.Aku takkan buat
apa yang kau suruhlah,bodoh!
Sebelum
Fariz naik ke biliknya,dia sempat berkata. ‘’Oh ya, kan kau hebahkan pada satu
sekolah yang aku ni bukan abang kau.Jadi maksudnya kita ni bukan muhrim dan
lepas ni kau tak bolehlah pakai seksi-meksi depan aku lagi. And…’’Fariz tersenyum penuh makna. ‘’I think Zara is hundred times hotter than
you,babe!’’
‘’Damn you Fariz!’’Wajah Fatihah masam
mencuka.Dia menghentakkan kakinya geram.Rasa marahnya berlipat kali ganda
sekarang.
Puteriku Anastasia 7
TAUFIK terjengket-jengket menuruni tangga.Tangan
kirinya memegang helmet dengan kejap sekali.Sambil-sambil itu dia memandang
sekeliling.Setelah memastikan ayahnya tiada,dia menuruni tangga dengan
pantas.Dia melihat jam tangannya.Pukul 10.00 malam.Bagi anak-anak yang mengikut
kata orang tua,waktu itu adalah waktu sesuai untuk tidur tapi kalau bagi
dia…mestilah menerewang merata!
Taufik
berjalan perlahan-lahan ke pintu masuk utama.
‘’Hemm…hemm…’’Deheman itu mengejutkan Taufik. Dia mengalihkan
pandangannya ke belakang.Wajah Encik Nurdin kelihatan tegas sekali.
‘’Ha…hai…ayah.’’Taufik cuba mengukir senyuman.Hanya ALLAH saja yang tahu
betapa jantungnya mahu luruh ketika itu.
‘’Kamu nak pergi ke mana Fik?’’Tanya Encik Nurdin serius.Dia memandang
Taufik yang begitu rugged sekali
dengan seluar jeans dan baju berlukisan tengkorak yang dipakainya.Sebijik macam
ahli kumpulan black metal!
‘’Nak keluar dengan kawan,ayah.’’Jawab Taufik selamba.
‘’Keluar dengan kawan?’’Encik Nurdin mengerling jam di dinding. ‘’Kan
dah lewat malam ni,nak keluar apa lagi.Kan esok kamu sekolah.Bercadang nak
ponteng lagilah tu.’’Leter Encik Nurdin.Walaupun dia sering tiada di
rumah,tetapi dia tetap ambil berat pasal Taufik. Encik Muthu diminta menjadi
pemerhati.Dan hasilnya tidak mengecewakan.Encik Muthu telah menunjukkan
semangat kejiranan yang baik dengan melaporkan segala kegiatan Taufik
kepadanya.
‘’Oh,jadi ayah dah tahulah yang Fik selalu
ponteng sekolah.Hemm…not bad.Ayah
ambik berat jugak pasal Fik ya.’’Taufik tersenyum sinis.Dia sudah dapat
mengagak siapa yang menjadi pengintip.Siaplah kau nanti!
‘’Mestilah ayah ambik berat pasal kamu.Kamu
kan anak ayah!’’
‘’Walaupun kehadiran anak ayah ni
sememangnya tak pernah diharapkan dalam keluarga ni,malah menyusahkan?’’
Soalan Taufik membuat Encik Nurdin
terkedu.Dia terpana seketika.
‘’Apa yang kamu cakap ni Fik?’’Soal Encik
Nurdin terketar-ketar.Senyuman Taufik semakin melebar.
‘’Ayah tak perlulah bersusah payah lagi.Fik
dah tahu semuanya.Fik dah tahu,ayah!’’Nada suara Taufik kali ini tidak lagi
main-main dan selamba seperti selalu,sebaliknya berubah tegas.Renungan matanya
menusuk ke tangkai hati Encik Nurdin.
‘’Fik,ayah…’’
‘’Sudahlah ayah.Ayah tak perlu terangkan
apa-apa lagi pada Fik.Mulai saat ni,biarkanlah Fik pilih jalan hidup Fik
sendiri.’’Setelah selesai berkata-kata,Taufik keluar dari rumah teres dua
tingkat itu.Dalam beberapa saat,enjin motorsikal berkuasa tingginya kedengaran
menderum meninggalkan pekarangan rumah.
Encik Nurdin hanya mampu melihat kelibat
Taufik yang semakin menghilang di sebalik kegelapan malam.Dia berasa hiba
tiba-tiba.Dia duduk di atas sofa dan menanggalkan cermin mata.Dugaannya
ternyata benar.Taufik telah mendengar segala-galanya!
‘’BOLEH tak kalau dalam sehari tu awak duduk
je kat rumah,Mah?’’Soal Encik Nurdin tegas.Dia mundar mandir di hadapan
isterinya yang tengah kelam kabut mengemas pakaian.
‘’Abang
ni jangan nak berleter boleh tak? Dahlah kepala otak saya tengah runsing!’’Puan
Ruzaimah sedikit menengking.Panggilan dari Puan Sri Sharifah Khadijah sebentar
tadi yang mengajaknya ke seminar di Hong Kong tidak boleh dilepaskan.Ia penting
untuk menaikkan lagi tarafnya dalam persatuan.
‘’Abang asyik fikir serabut awak je! Serabut
saya ni,awak tak nak fikir pulak!’’Jerkah Encik Nurdin.Kepalanya betul-betul
runsing ketika itu kerana gagal mendapatkan tender untuk syarikatnya.
‘’Sudahlah abang.Saya tak nak bergaduh lagi dengan abang!’’Puan Ruzaimah
menutup zip beg rodanya.Dia menyorong beg itu ke arah pintu bilik.
‘’Hei,awak nak pergi mana hah dengan beg-beg ni semua?’’Encik Nurdin
menarik tangan Puan Ruzaimah,menghalangnya dari keluar.
‘’Lepaslah abang.Puan Sri Sharifah Khadijah tengah tunggu sayalah
bang.’’Puan Ruzaimah berkata resah.Tinggal dua jam setengah lagi sebelum kapal
terbang ke Hong Kong berlepas.
‘’Siapa yang benarkan awak pergi? Dah,saya tak izinkan.Awak duduk saja
kat rumah. Masih ramai lagi orang yang boleh gantikan tempat awak.’’Encik
Nurdin membuat keputusan.Hatinya tercalar apabila isterinya membuat keputusan
tanpa berbincang dengannya.Terasa dirinya tidak dihargai sebagai seorang suami.
‘’Abang jangan cuba nak halang saya! Kalau saya kata saya nak pergi,saya
akan pergi! Lagipun,apa yang saya dapat kalau sekadar duduk kat rumah je?”
‘’Hei Mah,awak lupa ke yang awak ada
anak.Taufik tu masih kecil,dia memerlukan perhatian dan kasih sayang yang
secukupnya dari seorang ibu!’’
‘’Itu adalah urusan abang,bukannya urusan saya!’’Puan Ruzaimah
menjuihkan bibir.
‘’Masya-ALLAH.Mengucap Mah!Awak sedar tak apa yang awak tengah cakap
sekarang.Taufik tu kan anak awak!’’
‘’Suka hati abanglah nak kata apa pun.Mah tak peduli.Dari dulu lagi Mah
dah cakap,Mah tak nak anak! Mah dah bagi amaran awal-awal,Mah tak nak apa-apa
pun menjadi penghalang kepada cita-cita Mah!’’
‘’Walaupun suami awak sendiri?’’Encik Nurdin merenung sedalamnya bola
mata isterinya.Mata yang pernah menggegarkan jiwanya dulu.
‘’Yes! Anything yang boleh menjadi penghalang kepada cita-cita
Mah.Sekarang,abang uruskan sendiri pasal Fik tu. Dulu abang yang nak sangat dia
kan.Sekarang pergilah tatang anak abang tu puas-puas.’’Setelah selesai
berkata-kata,Puan Ruzaimah memulas tombol pintu dan keluar dari bilik itu.Hati
Encik Nurdin betul-betul terluka.Tidak disangka yang wanita yang pernah
berjanji mahu sehidup semati dengannya akan bersikap sebegitu rupa!
Sejak dari hari itu,Encik Nurdin dapat mengesan perubahan dalam diri
Taufik.Anak kecil yang dulunya polos dan baik hati,berubah menjadi nakal dan
suka sakitkan hati orang lain.Cuma dia tidak tahu puncanya kepada perubahan
itu.Dan kini,dia sudah tahu!
TAUFIK menghisap rokok itu
sedalam-dalamnya.Tujuannya hanya satu,mahu melepaskan kerunsingan atas
peristiwa tadi.
‘’Wei brother,apahal lu
ni.Serabut semacam nampak wa tengok.’’Ucap Rakin sambil menghidu gam cap
senapang yang baru dibelinya tadi.Nikmatnya menusuk dalam diri dan membelenggu
jiwa.
‘’Tak ada ah.Gua runsing sikit pasal bapak
gua tadi.Bising masa gua nak keluar.Kecohlah dia tu.’’
‘’Lu cuba hidu benda ni tengok.Kalau lu try sekali,gerenti lu akan berdengung
sampai esok pagi.’’Rakin menghulurkan gam cap senapangnya pada Taufik.Taufik menggeleng.
‘’Sorry
ah.Gua tak main benda-benda ni semua.’’Taufik mengeluarkan puntung rokok
terakhir.Kemudian,dia mencampakkan kotak rokok itu ke dalam longkang.Beberapa
orang yang lalu lalang di kawasan itu menjeling ke mereka berdua.Ada yang
berbisik sesama sendiri dan ada juga yang menggelengkan kepala.
‘’Apa tengok-tengok?Tak pernah tengok orang
ke hah?’’Taufik menjegilkan matanya kepada kumpulan itu.Segera mereka berlalu
dari situ.Taufik mendengus.Penakut!
‘’Tengok dia orang tu.Sesuka hati je nak hina
orang macam kita.Macamlah dia orang tu bagus sangat.’’Rungut Taufik.Dia
menyalakan api dan menghembus asap dengan kasar.Suasana di situ semakin
lengang.Maklumlah hari sudah semakin menjelang malam.
‘’Dunia ni memang kejam,Fik…’’Ucap Rakin.Dia
kelihatan semakin mamai.Kepalanya bergoyang merata. ‘’Bapak gua meninggal.Mak
gua kahwin lain.Kemudian,gua adik beradik kena sepak sana sini macam bola…gua
adik beradik macam bola…macam bola yang lu selalu sepak…’’Rakin ketawa
sendirian.Dia bangun dan berjalan terhuyung hayang di sekitar kawasan itu
sambil merepek yang bukan-bukan.Taufik tidak peduli.Biarlah Rakin meluahkan
perasaannya.Biar perasaannya tenang.Dia dan Rakin sama saja.Dua-dua anak
tersisih.Kerana itu mereka menjadi rapat dan sering saja ke mana-mana
bersama.Bezanya,Rakin sudah tersasar terlalu jauh manakala dia masih mampu
mengawal diri.
‘’Wei
Fik,apahal dengan Kin tu?’’Soal seseorang dari belakang Taufik.Taufik berkalih.Sharif
datang dengan senyuman sumbingnya yang langsung tak menawan.
‘’Dia
overdos kot,sebab tulah meracau tak tentu hala.Plan kita malam ni tak jadilah.Batalkan ajalah perlumbaan dengan
Kay tu.’’Arah Taufik.
‘’Alah,tak macho ah macam tu.Nanti dia orang ingat kita ni kecut pulak.’’
Bantah Sharif.
‘’Habis tu,lu ingat kalau geng Kay keparat tu
tengok keadaan Kin sekarang,kita boleh jadi macho ke,hah? Cuba lu cerita sikit
sama gua.’’
‘’Okeylah,okeylah.Gua ikut cakap
lu,okey.’’Sharif mengalah.Dia mendail nombor telefon Kay dan bercakap dengannya
beberapa ketika.Taufik tak berminat nak mendengar.
‘’Kay kata dia nak naik harga .Dua kilo untuk
perlumbaan akan datang.Macam mana bro?’’Soal
Sharif setelah beberapa ketika bercakap dengan Kay.
‘’Set!’’
‘’Okay
ah,Kay.Chow.’’Sharif mematikan talian.Dia duduk di sebelah Taufik.
‘’Banyak duit lu,Fik.Kay tu bukannya mudah
dikalahkan.Ramai geng seangkatan kita dah tumpas di tangan dia.’’Sharif mengingatkan.
‘’So
what?’’Taufik tersenyum sinis. ‘’Gerenti gua akan kalahkan dia nanti.So,tak
payahlah susah-susah nak himpun duit semua ni.’’
‘’Maksud lu,lu tak ada duit.Gitu?’’Soal
Sharif seolah tidak percaya.
‘’Relakslah
bro.Gua gerenti akan kalahkan dia punya.Lu tak payahlah bikin semak kepala
otak,okay.Rakin tu nampak macam nak lentok saja. Dia tidur rumah siapa pulak
malam ni?’’
‘’Hemmm…kalau tak silap gua,rumah mak cik dia
yang suami dia kena tahan kat pusat serenti tu.’’
‘’Baguslah.Bapak sedara penagih dadah
setia,anak sedara penghidu gam tegar.Pasangan yang serasi.’’
Sharif tergelak mendengar kata-kata Taufik.
‘’Jahat jugak eh mulut lu ni Fik.’’
‘’Dahlah,sekarang ni lu tak payah semak-semak kepala fikir pasal benda
ni.Sekarang,aku ada plan rancak
punya.’’ Ujar Taufik,mengukir senyuman jahatnya.
DIA berkalih sekejap ke kiri,sekejap ke
kanan.Namun matanya masih tidak mahu lelap walaupun rasa mengantuk sudah
menerjah ke dalam diri.Zara memandang siling biliknya terkebil-kebil.Rasa
malunya disebabkan peristiwa siang tadi masih tidak hilang. Berselirat rasa
geram untuk Fatihah berkumpul di jiwanya.Dia tahu yang Fatihah sengaja
menyadung kakinya tadi kerana mahu mengetawakannya.Dan memang dia terjatuh,tapi
dia jatuh dalam pangkuan Fariz! Ahh,kalaulah masa boleh diputar kembali,dia
lebih rela jatuh terjelopok atas lantai!
‘’Ahh,dari aku sibuk fikir pasal dia.Lebih baik aku periksa e-mel aku.’’ Dia bangkit dari
pembaringannya dan keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu.Dia duduk di atas
kerusi dan menghidupkan skrin komputer.
Kebanyakan e-mel yang dihantar kepadanya
daripada Izham.Izham memang rajin menghantar e-mel kepadanya.
- Hai bucuk-bucuk abang!How r u
2day?Berdebar x nak b’lajar kat sekolah baru nanti?
- Hai sayang!Abang nak makan marshmallow
ni.Lepas ni ais krim pulak.
- Zara kenapa tak balas?R u okay?
- Pleasee tlg bls.Jgn buat abg risau.
Zara tersenyum. Jarinya pantas
menekan kekunci komputer.
Don’t worry.I’m ok!!!Plus….Heloooo!!!Mana
ada Zara bucuk.Abg tu kot yg bucuk.Maklumlah mat saleh ni kan jrg mandi.Huhuhu…
Zara menekan kolum ‘send.’Setelah itu,Zara memeriksa YMnya pula.Zara
mendapati bahawa ada seorang rakan baru telah addnya.Dia juga sedang online sekarang.saha_boywhocries? Hemm…
<Saha> Hai,nak berkenalan boleh
tak?
Puteriku Anastasia 6
KERETA Kancil itu memasuki kawasan perumahan rumah teres
setingkat di Kajang.Zara terus mengelamun.Dia teringatkan peristiwa tadi.Dia membuka
dompetnya kembali dan mengeluh.Lima puluh ringgit melayang gara-gara pergaduhan
tadi.Ahhh…. bodoh….bodoh!!
Apabila mereka sampai,sebuah kereta Perdana sudah tersadai di situ.Zara
sedikit mengeluh apabila dapat mengecam siapa pemiliknya. Nampaknya hari ini
dia terpaksa berhadapan dengan dua orang adik beradik tak sehaluan yang
menganggapnya sebagai seteru!
Puan Izzati turun dari kereta apabila
ternampak kelibat pemilik kereta itu.Datin Maryam tersenyum memandangnya.
‘’Assalamualaikum
Mar.Dah lama sampai?’’Puan Izzati mencium pipi adiknya lembut.
‘’Taklah lama sangat,kak.Baru je.Mar….’’
‘’Mak Long!’’Belum sempat Datin Maryam menghabiskan
kata-katanya,seorang gadis turun dari kereta dan mencium pipi Puan Izzati
bertubi-tubi.Puan Izzati sedikit terkejut dengan tindakan Fatihah,namun dia
hanya membiarkan.Zara hanya tersenyum hambar.Kalaulah gadis itu tahu akan
kehadirannya….
‘’Mak Long,Fatihah rindu sangat dengan Mak Long…’’Rengek
Fatihah.Dia masih tidak melepaskan pelukannya.Puan Izzati berasa rimas juga tetapi
dia terpaksa membiarkan.
‘’Hoi! Kau ni tak reti nak beradab sikit ke
hah?”Seorang lelaki pula turun dari kereta.Riak wajahnya kelihatan tidak
senang.Bahang cahaya matahari yang menusuk menambahkan lagi panas di hatinya.
‘’Kau diamlah.Sibuk je.Mak Long tak kata
apa-apa,kau tu yang melebih-lebih.’’Fatihah menjelirkan lidahnya pada Fariz.
‘’Dahlah tu.Mak Long kan baru balik.Kamu
berdua ni asyik nak bergaduh je.Fariz,kamu sebagai abang mengalahlah
sikit.’’Datin Maryam campur tangan.Fatihah senyum lebar mendengar Datin Maryam
membelanya.Fariz mengeluh. Faham sangat dengan sikap mama yang lebih
mengutamakan Fatihah,anak kesayangannya itu.
‘’Tak manis pulak rasanya kalau kita terus berbual-bual kat sini.Mari
kita masuk rumah,barulah kita bercerita panjang.’’Sampuk Puan Izzati,cuba
meleraikan keadaan dari terus menjadi tegang. Fatihah berasa terkejut apabila
melihat Zara turun dari kereta setelah kereta siap diparkirkan.
‘’Apa yang kau buat kat sini?’’Tanya Fatihah kurang senang.Dia meneliti
Zara dari atas ke bawah.Hai,tomboi nak tukar jadi perempuan sejati balik?
‘’Salahkah aku ada kat rumah aku sendiri?’’Ucap Zara selamba.
‘’Apa kau kata tadi?Hei,ni bukan…’’Fatihah menghentikan kata-katanya
apabila dia menyedari mak longnya masih berada di situ.Dia tahu yang Puan
Izzati memang tak suka kalau ada orang cuba nak hina Zara.
‘’Dah habis cakap?’’Soal Zara sambil senyum nipis.Fatihah semakin sakit
hati.Dasar anak pungut! Zara tidak mempedulikan Fatihah lagi.Dia menuju kepada
ibu saudaranya yang berdiri di muka pintu.Dia juga tidak mempedulikan mata
Fariz yang terbelalak melihatnya.
‘’Apa khabar Mak Ngah?Sihat?’’Zara menyalami tangan Datin Maryam dengan
lembut.Datin Maryam senyum seraya mengangguk.Walaupun Zara hanya anak angkat
kakaknya,tetapi dia sudah menganggap Zara sebagai sebahagian dari keluarga
mereka.Perangai gadis itu yang baik juga menyenangkan.
‘’Jemputlah masuk Mar.Rumah kakak ni biasa aje,taklah semewah rumah
kamu.’’Pelawa Puan Izzati,merendah diri.Rumah itu kecil saja,malah ruang
tamunya juga agak sempit.
‘’Tak baik kakak cakap macam tu.Rumah ni pun rumah jugak,asalkan ada
tempat berteduh dah cukup.’’Datin Maryam menyanggah tegas.Puan Izzati hanya
tersenyum.Dia tahu yang adiknya itu tidak memandang pangkat dan darjat,sama
seperti suaminya Azri.
‘’Buatlah rumah ni macam rumah sendiri ya,Mar.Abang masuk bilik dulu ya.Ada
kerja sikit nak buat.’’Encik Khairil mencelah setelah agak lama mendiamkan
diri.
‘’Hai abang.Tak nak minum air dulu ke?’’
‘’Tak apalah Zati.Nanti kalau abang nak air,abang ambik sendiri.’’Encik
Khairil menolak.Puan Izzati mengangguk. Encik Khairil bergegas masuk ke dalam
bilik.Sebetulnya,dia tidak betah apabila bersemuka dengan Maryam.Rasa
bersalahnya masih menggunung tinggi walaupun Maryam tidak pernah menyimpan
dendam.Tetapi dia tahu,sedikit sebanyak hati Maryam terluka.
‘’Mama,mama perasan tak yang ada seorang tomboi ni nak tukar jadi
perempuan balik?’’Ujar Fatihah sinis setelah Puan Izzati menghilang ke dapur.Suaranya
dikuatkan agar Zara akan mendengarnya.Zara hanya membisu.
‘’Siapa tu sayang?’’Tanya Datin Maryam,tidak mengerti akan maksud
Fatihah.
‘’Alah,takkan mama tak perasan.Dia duduk dekat sangat dengan mama,bahkan
dia pun ada kat dalam rumah ni jugak.’’Serentak dengan itu,ketawa Fatihah
berderai.Datin Maryam terkedu.Zara pula hanya diam.Dia memang tak akan membalas
setiap sindiran Fatihah setiap kali berada bersama Datin Maryam.Bukan nak
tunjuk baik,tetapi dia malas nak bergaduh di hadapan orang yang lebih tua.
Mata Fatihah melingas sekeliling. ‘’Hemmm…Kalau nak dibandingkan rumah kita
dengan rumah Mak Long,baik rumah kita jauh lebih mewah kan mama.
Ah,dah mula dah,Zara mengeluh perlahan. Zara semakin tak selesa.Telinganya
sudah panas.Tadi dia ikut ke dapur,mama tak benarkan.Kononnya tak baik
membiarkan tetamu bersendirian.Dan inilah padahnya.Tak pasal-pasal dia terpaksa
menadah telinga mendengar setiap perkataan yang keluar dari bibir gadis sombong
itu.
‘’Ish,tak baik cakap macam tu.Dah ditakdirkan rezeki kita lebih dari Mak
Long.Entah-entah suatu hari nanti Mak Long akan dapat rumah yang lebih besar
dari kita,siapa tahu?’’Datin Maryam menegur dengan cara lembut.
‘’Errr….Zara.Macam mana Zara boleh ada
kat sini sekarang? Bukan Zara belajar kat sekolah berasrama penuh ke?’’Datin
Maryam cuba mengalih topik perbualan apabila melihat Fatihah mahu membuka
mulut.
‘’Zara dah tak belajar kat sana lagi Mak Ngah.Zara dah berpindah sekolah
ke sini.’’Jawab Zara selamba. Dia menjeling Fariz yang asyik merenung wajahnya
tanpa berkalih sedikitpun.Korek bijik mata kang,baru tahu!
‘’Lah,kenapa Zara nak pindah sekolah?Sekolah tu tak cukup bagus ke?’’
‘’Bukan macam tu.Sebenarnya….’’
‘’Sebenarnya bukan sekolah tu yang tak bagus,tapi dia yang tak
bagus!Mesti dia ada buat sesuatu yang salah,sebab tulah sekolah tu buang
dia.Kalau dah dasar….’’
‘’Dasar apa Fatihah?’’Suara Puan Izzati mengejutkan Fatihah.Puan Izzati
datang dengan membawa dulang yang berisi lima gelas air.
‘’Errr…dasar…dasar….’’Fatihah tergagap-gagap.Dia sudah kehilangan
kata-kata kini.Macam mana kalau Mak Long tahu yang dia selalu menghina Zara? Habislah
peluangnya untuk bergelar menantu di rumah itu! Fatihah menelan liur.
‘’Dasar pecah dan perintah mama.Dulu kan masa Brooke menakhluki Sarawak
dia mengamalkan dasar ni untuk memastikan agar semua kaum tidak bersatu untuk
menentangnya.’’Zara tiba-tiba menyampuk.
‘’Ohh…macam tu ke.Kalau tak silap mama,itu sukatan pelajaran sejarah
form 2 kan? Mama dah lupalah sayang.Maklumlah dah sampai waktu senja-senja
ni.Mana nak ingat lagi semua hal pasal Brooke-Brooke tu.Betul tak Mar?’’Puan
Izzati duduk di sebelah Zara setelah meletakkan semua gelas di atas meja.
‘’Betul apa yang kak Zati cakap tu.Pandailah
Zara ni.Patutlah boleh dapat 8A dalam PMR.’’Puji Datin Maryam.Dalam hati,dia
mengucap syukur.Dia mengagumi Zara yang begitu penyabar sekali sekalipun telah
dihina dengan teruk sekali. ‘’Ya tak ya jugak.Masa buat umrah tu seronok tak
kak?’’
‘’Alhamdullillah.Kakak bersyukur sangat
Mar.Banyak sangat ilmu yang kakak dapat sepanjang berada di sana.Masa buat
umrah tu barulah kakak sedar betapa besarnya keagungan ALLAH dan betapa
kerdilnya kakak sebagai hamba-NYA.’’
‘’Baguslah kakak kalau macam tu.Saya
bersyukur atas semua ini.Di sana kakak doa apa?’’
‘’Doa?’’ Puan Izzati senyum. ‘’Tak banyak
yang akak minta Mar.Akak hanya minta agar keluarga kita sentiasa sejahtera dan
murah rezeki,anak-anak akak sentiasa berada di samping kakak dan…’’Puan Izzati
memandang Zara dan mengucup ubun-ubun kepalanya. ‘’Akak harap gadis nakal ini
akan menjadi orang yang lebih matang nanti.’’
‘’Nakal?’’Datin Maryam tersengih. ‘’Ohh…barulah Mak Ngah tahu yang anak
saudara Mak Ngah ni nakal orangnya.’’
‘’Mana ada Mak Ngah.’’Wajah Zara merona merah.
‘’Ya ke? Habis tu yang Zara bagi mama surprise kat KLIA tadi sampai jantung
mama terasa macam nak terkeluar tu tak boleh dikategorikan sebagai nakal ke?’’
Zara tidak mampu berkata apa-apa lagi. Melihat
Fariz yang tersengih-sengih sampai ke telinga membuatkan dia meluat.Seronok
sangatlah tu.Lepas ni adalah trick
nak kutuk aku lagi!
‘’Nakal nakal pun,Zara still dapat 8A
kan.Kiranya ni nakal-nakal berisilah.’’Sambung Datin Maryam lagi setelah
selesai ketawa.
‘’Alhamdullillah Mar.Semua ini rezeki
daripada Allah.’’Ujar Puan Izzati tenang.
‘’Alah,kalau setakat dapat 8A je,apalah
sangat.Petik jari je,terus boleh dapatlah!’’Fatihah tidak mampu menyembunyikan
rasa bencinya lagi.Dari tadi asyik Zara,Zara,Zara!Apa yang bagus sangat pasal
perempuan yang tak tahu asal usul ni?
‘’Emmm…mama.Mama kata mama nak bagi Riz
motorsikal yang Riz nak kalau Riz dapat 8A.Bila mama nak kotakan janji mama
tu?’’Fariz yang sejak tadi berdiam diri pula bersuara.
‘’Nantilah sayang.Mama dah order motorsikal tu.Dalam masa seminggu
lagi Riz dapatlah motorsikal idaman Riz tu.’’
‘’Betul ke mama?’’Fariz tersenyum ceria.
‘’Thanks mama.I love you.Ingatkan
mama dah lupa tadi.Risau Riz dibuatnya.Jantung Riz nak luluh dibuatnya tadi.’’
‘’Oh,kalau macam tu seronoklah kamu Fariz.Zara
ni Riz,tak sempat Mak Long nak bagi dia hadiah,dia yang bagi Mak Long hadiah
dulu.Mak Long gembira sangat sebab Zara dah kembali ke sini.’’Puan Izzati
mengucup rambut Zara dengan penuh kasih sayang.
‘’Zara memang anak yang baik.’’Puji Datin
Maryam lagi.
Fatihah mendengus.Geram apabila mendengar
pujian terus-terusan diberikan kepada Zara.Cemburu menguasai diri.Dia
mengalihkan pandangannya kepada mamanya.
‘’Mama,takkan Riz je yang dapat hadiah? Habis tu,hadiah Fathy
mana?’’Tanya Fatihah dengan kasar.Datin Maryam sedikit terkejut.
‘’Nanti mama belikanlah untuk Fathy
ya?’’Pujuk Datin Maryam.Dia tahu kalau dibiarkan,Fatihah boleh mengamuk di situ
juga.
‘’Ahh…tak peduli.Fathy nak hadiah Fathy sekarang jugak.Mama memang tak
adil.Mama beli hadiah untuk Fariz je.Mama langsung tak ingat Fathy.’’Fatihah
menghentak kakinya geram.
‘’Wei Fatihah, mama bagi aku hadiah ni sebab aku dapat 8A.So,aku memang
berhak menerimanya.Tapi kau?’’Fariz senyum sinis. ‘’Setakat dapat 3B 3C 2D dengan
tak ada A langsung,ada hati nak minta hadiah lagi. Haihhh…’’
‘’Kau…’’Fatihah menudingkan jari telunjuknya ke arah
Fariz.Terketar-ketar tangannya. ‘’Kau memang tak guna!’’
‘’Tak seguna-guna aku pun,dapat jugaklah aku merasa dapat 8A.Oh ya,bukan
ke tadi kau kata nak dapat 8A tu senang.Petik jari,terus dapat.Habis tu,kenapa
kau tak dapat eh?’’Fariz menggaru kepalanya,berpura-pura hairan.Zara bagaikan
hendak ketawa,tetapi ditahan saja.
‘’Mama,tengoklah Fariz tu…’’Fatihah merengek kepada mamanya pula.
‘’Sorry sayang.Mama tak boleh
nak buat apa-apa.’’Datin Maryam tidak menyebelahi Fatihah kali ini.Fariz
tersengih,tanda kemenangannya.
‘’Ah,mama dengan Fariz sama saja!’’Bentak Fatihah.Wajahnya lebih masam
dari tadi.
‘’Dahlah tu.Tak baik bergaduh.’’Puan Izzati cuba menenangkan keadaan.
‘’Mama,Mak Ngah.Zara masuk dalam bilik dulu ya.’’Zara bangun dari
sofa.Sebelum dia terus mengumpul dosa percuma,lebih baik dia beredar.
‘’Eh,kenapa nak masuk sangat.Mak Ngah belum sempat nak berbual panjang
dengan kamu lagi.’’Datin Maryam bersuara hampa.
‘’Tak apalah,Mak Ngah.Mak Ngah berbual sajalah dengan mama.Zara kan budak
bawah umur lagi,mana boleh campur hal orang dewasa.’’
Datin Maryam dan Puan Izzati ketawa kecil seraya mengangguk.Fatihah
semakin sakit hati.Gadis ini mesti diajar.Tiba-tiba Fatihah mendapat satu idea untuk mengenakan Zara. Biar kali ini Zara pula
yang malu.
Zara menyalami tangan Puan Izzati.Puan Izzati menghadiahkan kucupan
lembut di dahi Zara.Ketika Zara mahu pergi ke arah Datin Maryam,tiba-tiba
Fatihah menyadung kakinya.Zara sedikit terkejut.Dia tidak dapat mengimbangi
badannya dan tubuhnya terdorong ke depan.Dengan sepantas kilat,Fariz menyambut
tubuh Zara dari jatuh menyembah lantai.
Zara dan Fariz terkaku.Mereka berpandangan seketika.
Subscribe to:
Posts (Atom)