Tuesday 5 June 2012

Puteriku Anastasia 1

Kenangan lalu mengusik jiwa…

Mengimbas kembali memori lama….

MEI 2010

SUASANA di KLIA pada waktu itu agak sibuk.Di sana sini,banyak orang yang lalu lalang dengan pelbagai tujuan.Di satu sudut,kelihatan seorang gadis manis sedang duduk di tempat menunggu.

     Zara hanya memerhati panorama di sekelilingnya dengan pandangan kosong.Matanya kosong,tidak lagi bercahaya seperti dahulu.Renungannya penuh kesedihan dan penderitaan yang bukan sedikit.

       Sekeping gambar dikeluarkan dari beg dan direnung dengan sayu.Tangannya mengusap lembut wajah lelaki yang sedang tersenyum ceria sambil menunjukkan tanda ‘peace’ itu. Adi...

       Tatkala nama Adi terlintas dalam fikirannya,air mata Zara mengalir tanpa segan silu.Rasa sebak menghantui dirinya. Satu-persatu kenangannya bersama Adi mewarnai kotak mindanya.

      ‘’Bila kau hidup dengan baik,aku akan merasakan kebahagiaan aku yang telah hilang sejak dulu dapat aku tebus kembali. Kerana…hanya kaulah satu-satunya gadis yang aku cintai di dunia ni,Anasuha.Hanya kau…dan sentiasa akan begitu.’’

      Hati Zara semakin pilu apabila teringatkan pesanan terakhir Adi.

     Tidak semena-mena, fikiran Zara mengimbas kembali memori lama yang sudah sekian lama terkubur ditelan waktu.



TAHUN 1996

‘’ANAS,Abang Ayi janji yang abang takkan sesekali tinggalkan Anas.Abang janji akan jaga Anas selamanya…’’Abang Ayi mengutarakan janji  dengan bersungguh-sungguh.Wajah gadis comel di hadapannya dipandang dengan penuh rasa kasih.

     ‘’Betul ke,Abang Ayi?’’Mata Anas terkebil-kebil.Dia memandang wajah abang kesayangannya itu dengan pandangan tidak mengerti.Apalah sangat yang mampu difahaminya dalam usia yang masih terlalu mentah.

      Bunyi desiran ombak yang menghempas pantai semakin kedengaran,bagaikan menjadi saksi kepada janji yang termetarai di antara mereka.Istana pasir yang dibina juga kelihatan cantik sekali di bawah sinaran mentari senja yang semakin hilang ditelan malam.Abang Ayi mengangguk.

     ‘’Betul,Anas.Bersaksikan istana pasir yang kita bina bersama-sama ini,abang janji yang abang akan lindungi Anas. Abang tidak akan tinggalkan Anas sampai bila-bila.Abang sayangkan Anas…’’Abang Ayi mengucup pipi Anas lembut,disertai dengan hati yang sarat dengan kasih sayang.

     ‘’Yayy.Anas pun sayang sangat dengan Abang Ayi.Abang Ayi janji tau.’’Anas menjerit kegirangan. Gadis comel itu tersenyum gembira.Dia memeluk abangnya dengan erat.Abang Ayi turut mengukir senyuman.Dia berharap,suatu saat nanti Anas akan mengerti maksud kata-katanya….

  
‘’ANAS,mulai sekarang nilah rumah Anas.’’Puan Izzati membuka pintu utama.Dia tersenyum kepada gadis yang begitu comel sekali memakai gaun merah jambu dengan dua ‘ekor kuda’nya diikat dengan reben berwarna serupa.Anas memandang dengan pandangan tidak berkelip. Banyaknya batu! Tapi,mana…Wajah Anas berubah sebek kembali dan seketika kemudian lahirlah tangisan yang kuat dari mulutnya.

     ‘’Anas tak nak tinggal kat sini! Anas nak balik rumah! Anas nak abah! Anas nak mak! Anas nak Abang Ayi!’’Anas menjerit menyatakan keinginannya.Dia terus menangis teresak-esak.Puan Izzati berasa pilu sekali mendengar kata-kata gadis comel itu.Dia memegang bahu anak kecil itu yang sedang mengesat-ngesat matanya dengan pandangan sedih.Encik Khairil sekadar berdiam diri.Biarlah isterinya yang mengendalikan suasana.

     ‘’Anas,dengar cakap mama sayang.Abah,mak, dan Abang Ayi…dia orang dah tak ada kat dunia ni.Dia orang dah pergi ke dunia lain yang lebih baik dari dunia ni.’’Puan Izzati menerangkan dengan suara lembut.Sejak bertemu dengan anak kecil itu seminggu yang lalu,dia sudah membahasakan dirinya dengan panggilan mama.Rasa kasihnya sudah tumpah buat Anas.

     ‘’Mak cik tipu! Abang Ayi dah janji dengan Anas yang Abang Ayi nak sama-sama dengan Anas sampai bila-bila! Mak cik tipu! Mak cik tipu!’’Tangisan Anas semakin kuat.Manik-manik jernih mula membasahi bahagian atas skirtnya.Wajahnya yang putih itu bertukar merah.

     ‘’Anas,mama tak tipu sayang! Mama tak tipu!’’Sendu Puan Izzati juga mulai kedengaran.Bukan sedih kerana dituduh sedemikian rupa,tetapi sebak apabila mengenangkan nasib kanak-kanak itu yang telah menjadi yatim piatu dalam sekelip mata.

     ‘’Mak cik tipu! Anas tak nak ada kat sini! Anas nak ada kat dalam tanah tu dengan semua orang!’’ Serentak dengan itu, Anas menolak tangan Puan Izzati dengan kuat dan menuju ke arah pintu pagar utama.Pasangan suami isteri itu terkejut dengan tindakan Anas yang drastik.

     ‘’Abang,Anas!’’Puan Izzati menjerit cemas. Encik Khairil yang sejak tadi tenang mula bertukar wajah.Mereka berdua berlari pantas untuk mendapatkan Anas yang sudah berada di luar pagar rumah.

     ‘’Anas,awas!’’Kedua-dua mereka menjerit serentak apabila melihat sebuah kereta semakin menghampiri Anas yang ketika itu sudah berada di tengah-tengah jalan. Anas berpaling.Riak terkejut jelas terpancar pada wajahnya.Mulutnya ternganga luas.

     ‘’Ahhhhh…’’Jerit Anas sekuat hati.Dia menutup matanya dengan tangan.Dan tiba-tiba….

     Ada sepasang tangan yang memeluk tubuhnya dan sepantas kilat membawanya ke tepi.Mereka berdua terjatuh.Sekalipun mereka berdua terjatuh,tangan itu tetap erat memeluk tubuhnya.Anas membuka matanya perlahan-lahan.Abang Ayi!

     Namun Anas mula sedar,sangkaannya meleset.Lelaki itu bukan Abang Ayi.Abang Ayi tidak mempunyai tahi lalat di pipi kanannya.Anas mula menangis teresak-esak.

     ‘’Ish,kenapa menangis ni.Janganlah nangis,ya.’’ Pujuk budak lelaki itu.Tetapi Anas terus mengalirkan air matanya.

     ‘’Anas!’’ Puan Izzati terus menerpa ke arah Anas seraya memeluk gadis comel itu.Anas hanya membiarkan.

     ‘’Anas?’’ Sebut budak lelaki itu sepatah.Wajahnya berubah menjadi sangat gembira. ‘’Jadi,inilah adik baru Iz,ya mama?’’

     Puan Izzati mengangguk perlahan.Anas pula tidak berkata apa-apa.Fikirannya kosong ketika itu.



10 TAHUN KEMUDIAN….

SUASANA di SMSS pada pagi Isnin itu sungguh tenang.Burung-burung yang berkicau-kicauan di atas pokok mendamaikan lagi suasana.Di satu sudut,kelihatan tiga orang gadis berbaju pengawas sedang berbual-bual.

     ‘’Zara,bila kau dah pindah nanti,kau jangan lupakan aku tau.’’ Ujar Atilia dengan mata berair.

     ‘’Betul tu.Bila sampai sana nanti rajin-rajinlah e-mel kitorang kat sini.’’ Sambung Jasmin tenang.Dia memang lebih tabah berbanding Atilia yang berjiwa lembut.Walaupun dia turut sedih tetapi dia lebih senang tidak mempamerkan secara terang-terangan.

     ‘’Jangan risau.Aku tak mungkin lupakan korang sampai bila-bila.Koranglah sahabat baik aku dunia akhirat.’’ Balas Zara seraya tersenyum. ‘’Atilia,kau janganlah sedih.Kau sayang kat aku,kan?’’

      Atilia mengesat matanya yang berkaca-kaca itu.Emosinya memang mudah tersentuh.Tak sangka setelah tiga tahun melalui susah dan senang bersama,akhirnya mereka terpaksa berpisah juga.Selama ini,Zaralah yang selalu menolongnya apabila dia menghadapi masalah.Nampaknya,kini hanya tinggal Jasmin seorang saja.

         ‘’Zara….’’ Seseorang memanggil nama Zara dari belakang.Zara tersenyum kepada Ikram yang sedang menghampirinya.

         ‘’Hemm…. Atilia,jom teman aku kejap,pergi jumpa Cikgu Zatul.Ada hal sikit.’’ Jasmin menarik lengan baju Atilia.Atilia hanya menurut,faham dengan maksud Jasmin.

         ‘’Kitorang pergi dulu ya!’’ Ujar Jasmin sebelum dia dan Atilia pergi.Sempat lagi dia memberi isyarat tangan kepada Ikram.Ikram  hanya membalasnya dengan senyuman dan mengambil tempat duduk di sebelah Zara.

         ‘’Sunyilah nampaknya kalau awak tak ada di sini,Zara.’’ Ujar Ikram setelah agak lama mereka menyepi.

         ‘’Hemm…. Takkan ada lagilah orang yang nak membebel pada awak pasal perangai Fazrul yang macam monyet tu.’’

         Ikram ketawa. ‘’Ya,belum masuk lagi dengan kawan-kawan dia tu.’’

         ‘’Juga kerenah Cikgu Safira yang asyik marah-marah kalau ada pelajar yang buat hal.’’

         ‘’Yang asyik kutuk-kutuk dia di Facebook.’’

         ‘’Kemudian paksa kita buat akaun FB….’’

         ‘’Untuk tolong block budak tu.’’

        Ikram dan Zara ketawa serentak.Memang terlalu banyak kenangan melucukan yang tak boleh dilupakan sepanjang mereka berdua menjadi rakan setugas sebagai pengawas.

        ‘’Awaklah partner saya yang paling baik,Zara.Saya takkan jumpa lagi rakan setugas yang sebaik awak.’’

        ‘’Saya juga,Ikram.’’

        Mereka berdua berbalas senyuman.Kemudiannya,Zara memandang ke arah langit.Dia bagaikan melihat Abang Ayi yang sedang ketawa sambil melambaikan tangan ke arahnya di sebalik awan yang putih bersih itu.Zara tersenyum.

          Abang Ayi,I’m coming home!

No comments:

Post a Comment